(a)
Nilai tanggungjawab banyak ditonjolkan dalam sesebuah novel.
Berdasarkan
sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua contoh yang dapat membuktikan pernyataan di atas.
[7
markah]
Novel
Azfa Hanani
NILAI
TANGGUNGJAWAB
|
PERISTIWA
|
|
1
|
Tanggungjawab
menjayakan penyamaran
|
Azfa Hanani berusaha untuk menjayakan
penyamaran dengan belajar daripada kak Finaz cara-cara untuk menjadi Tengku
Murni yang manja dan lemah lembut. Dia turut menghadiri kelas untuk belajar
bahasa Inggeris kerana Tengku Murni mahir berbahasa Inggeris.
|
2
|
Tanggungjawab menjaga maruah diri
|
Azfa Hanani menolak pelawaan Iskandar
yang ingin menghantarnya pulang ke rumah dengan menaiki motosikal berkuasa
tinggi kerana tidak mengenali pemuda itu dan tidak mahu dimarahi oleh
keluarga.
|
3
|
Tanggungjawab
memastikan nasib keluarga terbela
|
Azfa Hanani sanggup menerima tawaran
Abang Mazran dan Kak Finaz untuk menyamar sebagai Tengku Murni supaya
penyakit sepupunya Zuraini dapat diubati.
|
4
|
Tanggungjawab
memastikan masa depan yang cemerlang
|
Azfa
Hanani sanggup menerima tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz untuk menyamar
sebagai Tengku Murni demi memastikan dia dapat menyambung persekolahan kerana
mereka berjanji untuk membiayai persekolahannya.
|
5
|
Tanggungjawab
mempertahankan pendirian
|
Azfa
Hanani sanggup bertengkar dengan Tengku Muzaffar semata-mata untuk mempertahankan
haknya berkawan dengan Ekran apabila Tengku Muzaffar menghalang persahabatan
tersebut kerana taraf kedudukan keluarga mereka berbeza.
|
6
|
Tanggungjawab
terhadap tugas yang diamanahkan
|
Azfa Hanani sanggup mengadakan latihan
bersama-sama ahli kumpulan forum remaja sekolah apabila dia dipilih sebagai
pengerusi forum tersebut.
|
7
|
Tanggungjawab
untuk memulangkan sesuatu yang bukan hak milik
|
Azfa
Hanani memulangkan buku yang diambilnya dari perpustakaan tanpa izin setelah
dia menyamar sebagai Tengku Murni.
|
8
|
Tanggungjawab
menunaikan janji
|
·
Tengku Makmur menunaikan
janjinya untuk menjaga Azfa Hanani kerana dia telah menyebabkan kemalangan
yang meragut nyawa kedua-dua ibu bapa Azfa Hanani.
·
Abang Mazran menunaikan
janjinya untuk membiayai kos mengubati penyakit Zuraini apabila Azfa Hanani
menerima tawaran untuk menyamar sebagai Tengku Murni.
|
Novel
Kembara Amira
NILAI
TANGGUNGJAWAB
|
PERISTIWA
|
|
1
|
Tanggungjawab terhadap rakan yang menghadapi masalah
|
Amira mengajak Jacinta ke Bukit Mat
Raya untuk menyertai ibunya yang menjalankan projek cari gali bahan tinggalan
sejarah untuk menghiburkan hati Jacinta yang sedang menghadapi masalah dengan
ayahnya dan untuk mengelakkan Jacinta tinggal di asrama sepanjang cuti
penggal persekolahan.
|
2
|
Tanggungjawab
ibu terhadap anak
|
Prof Zaidah memarahi Amira yang
menunggu Malique seorang diri di Air Terjun Angin kerana bimbang akan
keselamatan Amira.
|
3
|
Tanggungjawab
memelihara hutan
|
Tau sanggup menyamar sebagai makhluk
berbulu untuk menakut-nakutkan individu yang menceroboh hutan untuk mencari
kawasan emas.
|
4
|
Tanggungjawab
terhadap tugas
|
Prof
Zaidah bertegas ingin meneruskan usaha mencari gali bahan artifak sejarah
walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan Dr Zawawi mencadangkan mereka
menghentikan sahaja usaha tersebut.
|
5
|
Tanggungjawab
memulangkan sesuatu yang bukan hak milik
|
Amira
memulangkan emas yang diambilnya bersama-sama dengan Itai di dasar sungai
kepada Ludin.
|
6
|
Tanggungjawab
menyelesaikan misteri rakan yang hilang
|
Amira, Jacinta dan Itai berusaha
membuka mobile disc yang ditemukan di lantai untuk mengesan keberadaan
Malique yang hilang selepas terlibat dalam kemalangan.
|
7
|
Tanggungjawab
untuk mendapatkan hak sebagai seorang ayah terhadap anak
|
Tau
sanggup menyembunyikan Malique di sebuah pondok di puncak Gunung Gua Gajah
kerana yakin bahawa Malique ialah Sabi, anaknya yang telah dibawa lari oleh
Ipah semasa kecil.
|
No comments:
Post a Comment