SELOKA – BERBUAT ISTANA
ZAMAN DAHULU (Za’ba)
A
MAKSUD
RANGKAP
1
Baginda
menitahkan orang besar empat,
Membuat
istana puri berkota;
Lalu
dipanggil Pawang Raja.
Pawang
mengerah orang bekerja,
Empat
puluh empat tukang dan utas,
Siang
malam tidak berhenti.
|
Baginda sultan menitahkan orang besar
berempat untuk membina istana sebagai mercu tanda kotanya. Oleh hal yang
demikian, Pawang Raja telah mengerah rakyat untuk bekerja keras. Sebanyak
empat puluh empat orang jurubina dan pandai tukang dan projek pembinaan itu
dijalankan siang dan malam tanpa henti.
|
RANGKAP
2
Tujuh
bulan tujuh purnama,
Istana
siap dengan alatnya;
Besar
tersergam sembilan ruang,
Sepuluh
dengan rembat guntung,
Sebelas
dengan pancung serong,
Dua
belas dengan anjung tinggi.
|
Pembinaan istana baginda itu menelan
masa tujuh bulan sehingga siapkan sempurna dengan perabot dan segala
peralatan di dalamnya. Istana yang disiapkan itu tersergam indah dengan
sembilan ruang utama yang memiliki sepuluh batang tiang penyokong. Di dalam
istana itu, ada kain yang disusun dan diikat serong dengan puncanya
tergantung dan memiliki kawasan anjung yang tinggi.
|
RANGKAP
3
Tiga
sudut menteri delapan,
Tiang
panjang maharaja lela,
Tiang
tengah syukur menanti;
Galang-galangnya
ular berang,
Kasau
kecil puteri menyembah,
Kasau
lentik helang berbega.
|
Di dalam istana itu, ada tiga sudut
untuk kegunaan lapan orang menteri yang utama yang dihias dengan tiga batang
tiang yang dinamakan maharaja lela. Di tengah-tengah istana itu, ada sebatang
tiang besar yang kukuh yang bertanggam dengan ukiran corak ular yang garang.
Kayu yang melintang pada atap istana pula bercorak seorang puteri yang
menyembah dan sebatang kayu yang melengkung pada atap istana juga bercorak
ukiran helang di sekelilingnya.
|
RANGKAP
4
Berbunga
sawa mengelempai,
Bertakuk
bersedelinggam,
Berjenang
berbatu kawi,
Berselimpat
ukir Jawa,
Lilit-melilit
akar Cina;
Garam
sebuku sisa jeragan,
Bunga
kenanga dimakan ular,
Layang-layang
di pintu Raja.
|
Bahagian tingkap istana raja dibina
dengan seni yang istimewa, yakni berukir corak bunga dan ular sawa yang
berbaring dengan lemah longlai. Di samping itu, jendela istana pula diperbuat
daripada batu yang kukuh dan bertiang. Seni bina ini dipercantik dengan
ukiran Jawa dan Cina. Selepas itu, garam ditaburkan di sekeliling istana yang
baharu untuk membuang segala kekotoran dan anasir jahat yang cuba dibawa oleh
pendatang asing atau nakhoda. Pada pintu istana yang besar itu, ukiran bunga
kenanga amat jelas kelihatan bersama corak ular. Demikianlah keunikan istana
raja yang siap dibina.
|
RANGKAP
5
Istana
siap tukang pun mati,
Tiada
orang dapat meniru:
Dipersembahkan
kepada baginda suami isteri.
|
Setelah istana siap dibina, tukang
bina istana pun meninggal dunia. Kesetiaan jurubina istana ini menyempurnakan
pembinaan istana ini amat terserlah apabila tiada sesiapa yang dapat meniru
teknik dan gaya pembinaan istana tersebut. Apabila istana siap dibina,
pembesar yang bertanggungjawab dalam pembinaan itu mempersembahkan istana
tersebut kepada baginda raja dan permaisuri.
|
Kalung Bunga Za'ba, 2008
Dewan Bahasa dan Pustaka
|
B TEMA DAN PERSOALAN
Sindiran
terhadap golongan raja yang mengutamakan kepentingan sendiri untuk kemahsyuran peribadi sehingga sanggup
mengorbankan nyawa orang lain. Hal ini dapat dibuktikan apabila tukang bina
istana meninggal dunia selepas istana siap dibina dan memastikan tiada sesiapa
yang mampu meniru pembinaan itu.
Contohnya:
(R1) Pawang mengerah orang
bekerja.
Empat puluh empat tukang
dan utas.
Siang
malam tidak berhenti.
(R5) Istana siap tukang pun
mati.,
Tiada
orang dapat meniru:
Persoalan
a. Persoalan seni bina istana masyarakat
Melayu tradisional.
(R3) Galang-galangnya
ular berang.
Kasau kecil puteri menyembah.
Kasau lentik helang berbega.
b. Persoalan golongan raja yang mementingkan
diri sendiri.
R5) Istana
siap tukang pun mati,
Tiada
orang dapat meniru
c. Persoalan kehalusan seni ukiran Melayu
tradisional
(R4) Lilit-melilit
akar Cina
Garam sebuku sisa jeragan
Bunga kenanga dimakan ular
Layang-layang di pintu Raja
(d)
Kepentingan istana kepada raja.
(e)
Keunikan seni bina istana.
(f)
Kesetiaan pembesar kepada raja.
(g)
Kesempurnaan seni bina istana lama.
C
GAYA BAHASA
(a)
Repitisi
Buktinya,
empat
puluh empat tukang dan utas
(b)
Imej alam atau imejan
Buktinya,
Berbunga
sawa mengelempai,
Garam
sebuku sisa jeragan
Bunga
kenangan dimakan ular
(c)
Anafora
Buktinya,
Tiang
panjang maharaja lela
Tiang
tengah syukur menanti
Kasau
kecil puteri menyembah
Kasau
lentik helang berbega
(d)
Responsi
Buktinya,
Istana
siap dengan alatnya,
Sepuluh
dengan rembat guntung,
Sebelas
dengan pancung serong,
Dua
belas dengan anjung tinggi.
D
NILAI MURNI
(a)
Kesetiaan
(b)
Bertanggungjawab
(c)
Amanah
(d)
Kegigihan
(e)
Ketaatan
E
PENGAJARAN
(a) Kita
mestilah setia kepada raja dan menjalankan titah perintah raja dengan sempurna.
(b)
Kita mestilah bertanggungjawab dalam
semua tugasan yang kita jalankan.
(c)
Kita mestilah memegang amanah yang
diberikan kepada kita oleh raja.
(d)
Kita mestilah gigih mengerjakan sesuatu
tugasan sehingga selesai.
(e)
Kita mestilah taat setia kepada raja dan
mengikut titah perintah baginda.
9 comments:
❤
Mantap
hebat ;)
Sangat membantu
Saya mohon izin share...terima kasih banyak.
Saya mohon izin kongsi ya.terima kasih
Apekah maksudd Puri berkota
Nice💜💐
tq
Post a Comment