11/10/2017

SOALAN KESALAHAN EJAAN DAN KESALAHAN IMBUHAN SPM

SOALAN 3(C)

KESALAHAN EJAAN DAN KESALAHAN IMBUHAN SPM dan SPMU [2005-2017]

 

2005

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i)        Malaysia mampu memajukan bidang eko-pelancongan kerana mengayakan sumber alam semula jadinya.
(ii)       Guru bimbingan itu telah memberikan keterangan yang jelas tentang profesyen sebagai pakar bedah.
(iii)      Persatuan belia yang baharu ditubuhkan itu mengenengahkan moto yang berteraskan perpaduan belia semalaysia.

SPM 2006

(i)        Wakil Rakyat di kawasan pedalaman itu telah mensyorkan pembinaan sebuah stesen jana kuasa kecil di situ.
(ii)       Penggunaan e-mail memberikan kemudahan untuk seseorang menyampai mesej dalam beberapa saat sahaja.
(iii)      Kempen anti-dadah peringkat kebangsaan yang dilancar oleh kerajaan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat.

 

SPM 2007

(i)        Gerakan Cintailah Bahasa Kita telah dilancarkan untuk mendukung usaha kemasyarakatan bahasa Melayu.
(ii)       Setiap pusat melupuskan sampah hendaklah sentiasa di pantau supaya mesra alam dan tidak memudaratkan penduduk di sekitarnya.
(iii)      Pengurusan syarikat itu mensasarkan peningkatan jualan prodaknya sebanyak tujuh puluh peratus dalam jangka masa setahun.
      

SPM 2008

Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Sebagai masyarakat yang menyintai keamanan dan kemakmuran, rakyat Malaysia sentiasa perihatin terhadap nasib rakyat negara yang di landa bencana. Kita kasihan akan rakyat yang hidup tersiksa dan diancam kebuluran. Kita perlulah menghulur bantuan kewangan dan mengembleng tenaga dalam memperjuangkan keamanan sejagat.

SPM JUN 2009

Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Dalam sinario di Malaysia, ungkapan bahasa asing sering diselitkan dalam bercakap harian, sama ada dalam situasi rasmi atau sebaliknya. Ada kalanya nahu bahasa Inggeris dicampuradukan dengan nahu bahasa Melayu. Amalan ini sudah tentu akan menjejas kedaulatan bahasa Melayu yang sudah berjaya menjadi bahasa ilmu. Oleh itu, langkah-langkah yang pro-aktif perlu diambil bagi menangani masalah ini.

SPM 2009

(i)         Pengusaha kafetaria itu telah dikenakan tindakan kerana persediaan makanan yang tidak bersih.
(ii)        Peragawati itu menggunakan losyen berjenama terkenal untuk melembuti kulitnya.
(iii)      Penggunaan peralatan eletronik membolehkan murid-murid mengikuti kaedah pelajaran terkini.

SPM JUN 2010

Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Kelantan dan Terengganu dikenal oleh industri songkit dan batik. Industri ini ada daya tarikan tersendiri khususnya dari segi cara penghasilannya. Pemerosesan kedua-dua produk ini secara tradisional lebih tinggi nilainya berbanding dengan produk yang dihasilkan oleh mesin otomatik. Di samping itu, hanya bahan-bahan yang tulin digunakan bagi hasilan produk yang berkualiti.

SPM 2010

(i)        Pertunjukan akrobatik yang mengkagumkan itu mendapat tepukan yang gemuroh daripada para penonton.
(ii)       Semua peserta ekspidisi meredah hutan itu digalakan supaya memakai stoking tebal untuk menjaga keselamatan.
(iii)      Mangsa kemalangan jalan raya itu telah dikejar ke hospital dengan menggunakan sebuah ambulan.

SPM JUN 2011

(i)        Senarai kemasukkan murid ke sekolah berasrama penuh lazimnya akan diketahui pada bulan Febuari.
(ii)       Sesaorang yang mempunyai kadar kolesterol yang melebihi, berisiko tinggi menghidapi penyakit jantung.
(iii)      Dalam persidangan tersebut, semua ketua deligasi telah bersetuju untuk penubuhan sebuah sekretariat bagi menangani isu-isu hak asasi manusia.

 

SPM 2011

Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Industri pefileman yang semakin pesat dan canggih telah mempengaruhi perkembangan sahsiah anak-anak. Keprihatinan ibubapa amat diperlukan untuk mengawal anak-anak agar tidak mempengaruhi watak wira dan wira wati dalam filem. Dalam hal ini, mereka perlu memastikan anak-anak tidak dibawa-bawa dengan watak tersebut dalam kehidupan sehingga menjejaskan prestasi akedemik.

SPM  JUN 2012

(i)        Sektor pelancongan di Malaysia yang mengalami penumbuhan pesat telah melipat gandakan pendapatan negara menerusi pengaliran masuk wang asing. 
(ii)       Pembakaran petrolium banyak membebaskan gas ke udara lalu dibentuk gas rumah hijau yang mengakibatkan pemanasan global.
(iii)      Walaupun negara kita telah lama mencapai merdeka namun kita perlulah sentiasa berwaspada untuk menghadapi ancaman neokolonialisma.

SPM 2012

(i)        Sejarah sesebuah negara hendaklah ditulis dengan berdasarkan fakta dan intrepretasi yang tepat selain diambil kira konteks tempatan .
(ii)       Pada masa ini harga seunit rumah dibandar-bandar besar terlalu mahal hingga menyukarkan golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliknya.
(iii)      Sebagai sebuah negara multi etnik, Malaysia memerlukan amalan pengongsian budaya dalam kalangan rakyat.

SPM JUN 2013

(i)        Mesin membuat mi segera yang dipamerkan di Ekspo Usahawan Muda Kebangsaan itu ialah hasil rekacipta seorang pelajar Institut Kemahiran Mara.
(ii)       Setiap anggota polis mestilah mempunyai pesonaliti yang baik bagi menunjuk kewibawaan mereka semasa menjalankan tugas.
(iii)      Perubahan iklim telah menyebabkan gangguan eko-sistem, kehilangan kawasan pesisir pantai dan memupuskan terumbu karang.

SPM 2013

(i)        Pelaksanaan projek memperlebarkan jalan raya merupakan usaha pihak kerajaan untuk menaik taraf insfrastruktur di kawasan luar bandar.
(ii)       Mesyuarat ahli jawatan kuasa sambutan Hari Koperasi Sekolah sedang berbincang aktiviti yang akan dilaksanakan pada hari tersebut.
(iii)      Pihak swasta turut bertanggungjawab untuk melaksanakan projek membangunkan di tempat-tempat rekriasi yang terdapat di negara kita.

SPM JUN 2014

(i)        Encik Iskandar yang efisyen dalam menjalankan tugas telah dipilih sebagai penerima penganugerahan pekerja cemerlang.
(ii)       Sekolah di kawasan pedalaman itu menjadi mahsyur kerana kejayaannya melahirkan ramai murid yang berjaya lanjutkan pelajaran ke universiti.
(iii)      Walaupun terdapat banyak istilah sainstifik, namun tajuk yang sukar itu dapat memahamkan murid-murid kerana penerangan yang diberikan oleh guru itu sangat jelas.


SPM 2014

(i)   Majlis dialog antara guru dengan ibu bapa akan diadakan dalam masa berdekatan untuk membincangkan masalah disiplin yang timbul.
(ii)   Kerajaan telah memperuntukkan berbillion ringgit untuk persediaan prasarana di kawasan pedalaman.
(iii)  Demi memastikan keselamatan penumpang, pihak berkuasa sering menjalani pemantauan terhadap bas-bas ekspress terutamanya pada musim perayaan.             


SPM JUN 2015
(i)   Bahan buangan domistik dan industri merupakan fakrot outama yang menyebabkan mencemari sungai.
(ii)   Masyarakat moden yang berdapatan tinggi lebih cenderung mengunjungi pasaraya ternama untuk mendapatkan barangan berjenama.
(iii)  Atlet paralimpik Malaysia telah ditempa kejayan yang memberangsangkan dalam pertandingan sukan pada peringkat antarabangsa.

SPM 2015
(i)   Makanan ringan disebabkan kanak-kanak kurang berselera terhadap makanan lain yang lebih berkahsiat untuk tumbesaran.
(ii)   Kejayaan tranformasi ke arah pertanian komersial turut bergantung pada daya pemikiran petani dan infrastruktur yang bersedia.
(iii)  Aktiviti erobik secara beramai-ramai bukan sahaja menyihatkan badan malah dapt eratkan hubungan antara ahli masyarakat.
    
SPM JUN 2016
Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

     Kecekapan pihak polis dalam membenteras kegiatan jenayah di Malaysia seharusnya terpuji. Kesungguhan pasokan polis ini dapat dilihat apabila kadar jenayah berjaya berkurang pada setiap tahun. Sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam menguat kuasakan undang-undang di negara ini, pelbagai cabaran perlu dihadapi oleh mereka demi kesejahteraan menyeluruh rakyat Malaysia.

SPM 2016
(i)   Daun pokok bunga tanjong pernah digunakan untuk merawat pesakit yang mengalami sakit kepala, jangkiti mata dan masalah resdung.
(ii)   Amalan minum air minerel, makan buah-buahan dan bersenam dapat memperbaiki perjalanan darah dalam badan.
(iii)  Hutan paya bakau yang menjadi tempat penyelidikan spesis hidupan laut dan ekopelancogan serta kawasan melindungi burung perlulah dikekalkan.
    
SPM JUN 2017
(i)   Pertandingan diklamasi puisi sempena hari kebangsaan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka telah mendapat disertai daripada pelbagai kaum.
(ii)   Perasaan curiga atau was-was merupakan masalah yang dialami oleh sesetengah orang sehingga menyukar seseorang itu menilai dan membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.
(iii)  Jabatan Imigresen memaklumkan bahawa terdapat pelbagai faktor yang dikaitkan dengan sinareo peningkatan ketara dari segi kemasukkan pekerja asing ke negara kita.