Kes salah laku seperti vandalisme, buli dan
tidak menghormati guru kerap berlaku di sekolah belakangan ini yang
menggambarkan amalan budaya penyayang semakin luntur dalam kalangan pelajar.
Sebagai
seorang pelajar yang bertanggungjawab jelaskan peranan anda dalam memupuk budaya penyayang di
sekolah.
Sejak
berkurun-kurun lamanya bangsa Asia sangat terkenal dengan budaya hormat dan
bersopan santun. Malah nilai itulah yang turut mengangkat imej Malaysia untuk
dikenali di seantero alam. Namun, selepas dilanda pelbagai arus perubahan,
nilai-nilai murni itu semakin memupus dalam budaya dan tradisi masyarakat
Malaysia. Kini dalam pola masyarakat majmuk, masyarakat Malaysia kelihatan
kurang mengamalkan nilai kesopanan dan luput budaya hormat dan berkasih sayang.
Hukum sesiapa yang kuat dia menang, yang cepat dia dapat, dan yang megah dialah
gagah. Oleh itu, sebagai pelajar saya perlu menghayati semula nilai-nilai murni
agar budaya penyayang dapat terus dikekalkan di sekolah.
Isi 1 :
AJ :
Langkah utama dan yang paling relevan, saya perlu menjadi pelajar yang proaktif
dalam mengamalkan akhlak yang terpuji.
H1 – Saya harus berasa bangga apabila dapat
mempamerkan tingkah laku yang baik dan
menjadi contoh teladan kepada rakan-rakan.
H2 – Sebenarnya dengan tingkah laku yang baik diri
kita akan disenangi oleh semua rakan
dan warga sekolah.
H3 – Saya perlulah mengamalkan sifat-sifat terpuji
seperti menghormati guru, menyayangi
rakan-rakan dan bertanggungjawab terhadap keselamatan di sekolah.
PP – Dalam hal mempraktikkan nilai-nilai yang baik,
kita hendaklah faham akan maksud kata-kata, “Orang tidak mendengar apa-apa yang
kita cakapkan tetapi orang mudah menuruti apa-apa yang kita buat”.
Isi 2 :
AJ :
Sementara itu, dalam kalangan rakan-rakan dan guru saya hendaklah menjadi
pelajar yang mudah didekati.
H1 – Hal demikian kerana, diri saya akan disenangi
kawan, cepat mesra dan mudah memberi
bantuan apabila diperlukan.
H2 – Sifat-sifat mahmudah seperti luhur budi bahasa,
suka membantu dan tulus ikhlas hendaklah saya pamerkan untuk
menjadi ikutan.
H3 – Bahkan semua sifat terpuji yang diamalkan boleh
menjadi contoh teladan untuk memupuk
budaya penyayang dan sikap bertanggungjawab dalam kalangan pelajar dan guru.
PP – Sesungguhhnya, saya amat yakin apabila diri
kita disenangi, justeru semua sifat terpuji akan mudah diterima oleh orang
lain.
Isi 3 :
AJ :
Suatu perkara penting yang perlu saya amalkan juga ialah ketahanan prinsip jati
diri.
H1 – Dalam hal ini, saya harus menjadi kuat dan tidak
mudah menjadi pak turut kepada sikap
dan tingkah laku yang buruk.
H2 – Segala tingkah laku yang buruk seperti dengki, khianat dan adu domba perlulah
saya hindari.
H3 – Seyogianya, saya perlu berprinsip, tegas dan tidak terpengaruh kepada perkara negatif
supaya pendirian saya dihormati.
PP - Sesungguhnya, agar diri kita dihormati,
berpeganglah kepada prinsip dan jati diri dan tidak mudah menjadi lalang ditiup
angin.
Isi 4 :
AJ :
Selain itu, contoh teladan yang baik yang perlu diamalkan ialah belajar secara
istiqamah.
H1– Saya harus menyimpan azam untuk menjadi pelajar yang cemerlang sama ada dalam aspek
akademik mahupun akhlak yang baik.
H2 – Apabila seseorang pelajar itu cemerlang dalam
akademik, dia sentiasa dibanggakan oleh rakan-rakan
dan menjadi contoh ikutan yang baik.
H3 – Keikhlasan kita membantu rakan untuk berjaya
dalam akademik merupakan suatu sifat penyayang yang amat disenangi oleh
rakan-rakan.
PP – Oleh hal yang demikian, selagi kudrat saya
berazam untuk menjadi insan yang baik dan berguna kepada masyarakat dan negara.
Kesimpulan
: Hidup
pokok berbuah, hidup manusia berjasa ialah ungkapan peribahasa yang mendorong
seseorang itu agar beriltizam untuk menyumbangkan khidmat dan jasa. Budaya
penyayang seandainya dipupuk dan dibaja boleh memberi natijah kepada lahirnya
masyarakat yang bertanggungjawab dan prihatin. Oleh hal yang demikian, saya
sangat teruja untuk berada di tengah-tengah khalayak bagi meuar-uarkan idea
yang baik ini agar terbentuk juga masyarakat yang berbudaya, beretika serta
penyayang. Sesungguhnya, inilah Malaysia yang menjadi harapan kita menjelang
dekad yang akan datang.
sumber : buah fikir cg Ishak
2 comments:
maseh cg
terima kasih cikgu
Post a Comment