Komsas
Tingkatan 5 : Berbuat Istana Zaman Dahulu
Soalan
KBAT
1.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha
yang dapat dilakukan untuk mengekalkan seni binaan seperti dalam syair tersebut
P1
Mewujudkan kelas / sekolah / institut kemahiran pertukangan
P2
Melantik pakar yang sedia ada sebagai jurulatih / penasihat
P3
Kemahiran seni bina didokumentasikan / dibukukan
P4
Mengadakan pertandingan berkaitan dengan kemahiran pertukangan
2.
Ciri-ciri rumah yang selesa
P1
kemudahan asas yang lengkap
P2
mempunyai ruang yang luas
P3
persekitaran yang bersih
P4
mudah memperoleh capaian Internet
3.
Sesebuah istana dibina dalam keadaan
yang mewah dan indah.
P1
Untuk membezakan taraf/status antara raja dengan rakyat
P2
Untuk menunjukkan kekukuhan ekonomi negara
P3 Menjaga
imej/maruah raja
P4
Sebagai lambang/mercu tanda sesebuah negara
P5
menunjukkan kepada kerajaan lain / raja lain akan kehebatan baginda / supaya
negara lain kagum akan kehebatan baginda
4.
Apakah kepentingan-kepentingan
memelihara bangunan lama
P1
Dapat dijadikan bukti yang kukuh tentang peristiwa yang berlaku / sejarah
bangunan lama
P2
Dapat menjadi teladan/iktibar kepada masyarakat tentang jasa para pejuang
P3
Banyak memberi manfaat dari sudut pelancongan
P4
Sebagai sumber rujukan seni bina bangsa
5.
Punca-punca seni ukir kurang diminati
oleh generasi muda:
P1
Kurang / tiada pendedahan sejak kecil
P2
terpengaruh oleh gaya hidup moden
P3
kurang penganjuran pertandingan seni ukir
P4
tiada bantuan daripada pihak kerajaan
6. Selain mementingkan aspek kesenian dan
keunikan seni bina, apakah aspek lain yang perlu diambil kira oleh seseorang
raja dalam pembinaan sesebuah istana?
P1 Aspek
keselamatan – bangunan yang kukuh dan bebas daripada ancaman musuh serta lokasi
yang strategik
P2 Kos perbelanjaan pembinaan – membeli bahan
binaan dan upah pekerja
P3 Keselesaan – saiz yang luas dan peralatan yang
lengkap
P4 Penggunaan teknologi canggih dalam pembinaan
7 Pada
pendapat anda, mengapakah istana dibina dengan memuatkan elemen-elemen ukiran
dari negara luar?
P1 menunjukkan mempunyai perhubungan diplomatik dengan
negara-negara terbabit
P2 sebagai tanda kemegahan mempunyai hubungan dengan kuasa-kuasa
besar
P3 menarik
pedagang-pedagang negara terbabit untuk berdagang
P4
kelainan untuk mengelakkan persamaan dengan ciri-ciri bangunan tempatan/rakyat
tempatan
8. Setiap
orang mempunyai impian untuk memiliki rumah sendiri. Pada pendapat anda, apakah
ciri-ciri sebuah rumah yang selesa?
P1
Mempunyai pelbagai ruang seperti ruang tamu, ruang makan, dapur, dan bilik
tidur serta tandas.
P2 Ruang pengudaraan yang bebas dan tidak tertutup.
P3 Rumah dibina di kawasan yang banyak mempunyai jiran tetangga.
P4 Mempunyai tahap keselamatan yang tinggi
9. Pada
pendapat anda, apakah manfaat jika tukang yang membina istana raja tersebut
tidak mati selepas istana tersebut siap dibina? (3
markah)
- Raja boleh menggunakan kepakaran tukang
tersebut untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan dan membaik pulih bangunan
istana sekiranya mengalami kerosakan
- Raja juga boleh mendapatkan keuntungan dengan
menawarkan kepakaran tukang tersebut kepada negara lain / raja lain yang ingin
membina istana
- Kepakaran tukang-tukang tersebut juga boleh
digunakan untuk membina bangunan yang diperlukan oleh raja pada masa hadapan
- Tenaga pakar itu juga boleh menurunkan
kepakaran mereka kepada generasi muda agar bilangan tenaga profesional
bertambah dalam negara tersebut untuk memajukan negara tersebut
10. Pada pendapat anda, mengapakah istana tersebut tidak mampu ditiru
seni binanya?
P1 tiada tukang baharu
yang semahir tukang lama
P2 kemahiran dan
kepakaran tukang lama tidak sempat diperturunkan/diwariskan
P3
Soalan KOMSAS
1. Kemukakan dua nilai yang terdapat pada seloka tersebut tersebut.
(4 markah)
-
Antara nilai murni yang
terdapat dalam seloka tersebut ialah nilai kesetiaan. Contohnya Orang Besar Empat setia menjunjung titah perintah raja
untuk membina sebuah istana yang indah, cantik dan unik. Contohnya,
semua rakyat setia pada raja sehingga sanggup melaksanakan perintah raja tanpa
membantah dan bekerja siang dan malam tanpa henti.
-
Nilai murni berikutnya ialah
nilai bekerjasama. Contohnya, 44 orang tukang dan utas saling bekerjasama untuk menyiapkan istana
raja. Orang Besar Empat, Pawang dan tukang istana yang pakar itu sanggup bekerjasama
bekerja siang dan malam sehingga akhirnya berjaya menyiapkan istana raja lam
tempoh tujuh bulan.
-
Nilai bertanggungjawab - orang besar berempat bertanggungjawab untuk menguruskan pembinaan istana seperti yang
dititahkan oleh raja.
-
Nilai ketaatan – Contohnya, pembesar, Pawang raja dan semua tukang taat pada perintah raja dan menjalankan
tugas mereka masing-masing.
-
Nilai kerajinan/ kegigihan
dalam melakukan sesuatu pekerjaan agar hasil kerja berkualiti dan siap tepat
pada waktunya. – Contohnya, 44 orang tukang dan utas yang gigih dan rajin
melakukan kerja-kerja membina istana raja.
3. Jelaskan dua latar masyarakat yang terdapat dalam seloka tersebut.
(4 markah)
- Masyarakat
yang setia kepada pemerintah / patuh
pada perintah raja
- Masyarakat
yang rajin / gigih dalam menyiapkan sesuatu pekerjaan.
- Masyarakat
yang pakar dalam seni ukiran dan
seni bina Melayu.
- Masyarakat
yang bekerjasama dalam melakukan
sesuatu pekerjaan
4. Jelaskan
dua persoalan yang terdapat dalam
seloka tersebut.
(4
markah)
-
Persoalan kesetiaan rakyat kepada pemerintah.
-
Persoalan kerajinan / kegigihan dalam
menyiapkan sesuatu pekerjaan.
-
Persoalan keunikan seni ukiran
dan seni bina Melayu.
-
Persoalan kerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan
5. Huraikan dua persoalan yang terdapat
dalam seloka di atas. [4 markah]
- Dua persoalan yang
terdapat dalam seloka di atas ialah persoalan kesetiaan rakyat terhadap
arahan dan perintah raja. Selain itu, kehalusan seni ukiran dan keunikan
seni bina istana.
-
Persoalan lain ialah persoalan ketaatan
rakyat kepada pemerintah. Contohnya,
apabila arahan diberikan untuk membina istana semua rakyat taat untuk
melaksanakannya
- Persoalan
bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Contohnya, setiap orang yang
mempunyai kemahiran membangunkan istana secara bekerjasama.
- Persoalan
ketekunan masyarakat tradisional. Contohnya, sanggup bekerja untuk membangunkan
istana siang dan malam serta membahayakan membahayakan mereka sendiri.
5. Kemukakan dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam tersebut.
(4
markah)
- kita haruslah patuh pada perintah raja.
-
kita haruslah rajin/ gigih
dalam melakukan sesuatu pekerjaan agar hasil kerja berkualiti dan siap tepat
pada waktunya.
-
kita haruslah berkerjasama
dalam menyiapkan sesuatu pekerjaan agar dapat disiapkan dengan mudah dan
pantas.
-
kita haruslah taat setia
kepada pemerintah / pemimpin negara
1 comment:
Mohon izin kongsi ya.terima kasih
Post a Comment