Soalan 1
: Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan
teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan
penggunaan telefon pintar dalam kalangan murid dan peranan ibu bapa
dalam mengawal penggunaan telefon pintar anak-anak. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Telefon
pintar wujud hasil perkembangan industri telekomunikasi yang bergerak pantas.
Di Malaysia, bilangan murid yang menggunakan telefon pintar semakin meningkat,
iaitu kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan pengguna. Ramai murid berhasrat
untuk memiliki telefon pintar kerana mereka terpengaruh dengan perubahan yang
berlaku di sekeliling mereka. Mereka juga turut dipengaruhi oleh rakan sebaya
terutamanya yang telah memiliki telefon pintar. Keinginan untuk memiliki
telefon pintar boleh menyebabkan berlakunya kes salah laku seperti kecurian dan
pergaduhan.
Kewujudan
telefon pintar yang lengkap dengan kemudahan multimedia pelbagai guna
menyebabkan murid sangat teruja untuk memiliki alat komunikasi mudah alih yang
canggih ini. Setelah memiliki peralatan tersebut, mereka menjadi mudah leka
dengan peranti masing-masing dan seterusnya membawa perubahan ketara terhadap
tingkah laku mereka. Murid yang menggunakan telefon pintar lebih mementingkan
hiburan berbanding aspek-aspek lain, contohnya dalam pencarian maklumat dan ilmu pengetahuan. Hal yang
demikian boleh membawa kesan negatif terhadap kehidupan seseorang murid.
Penggunaan telefon pintar ini juga menyebabkan murid sering berkomunikasi
dengan mencemarkan bahasa seperti penggunaan singkatan dan bahasa slanga dalam
khidmat pesanan ringkas (SMS), WhatsApp
dan Instagram.
Telefon
pintar turut berperanan sebagai penghubung keluarga, rakan dan sumber maklumat.
Namun jika disalahgunakan, telefon pintar tersebut mampu mendatangkan pelbagai
keburukan. Keasyikan menggunakan telefon pintar menyebabkan murid mengabaikan
tanggungjawab terhadap pelajaran seperti tidak menyiapkan kerja sekolah dan
tidak mengulang kaji pelajaran. Selain itu, keasyikan bermain telefon pintar
sehingga larut malam menyebabkan murid hilang fokus semasa di dalam kelas
kerana mengantuk akibat tidak cukup tidur. Lebih buruk lagi, terdapat murid
yang bermain telefon ketika di dalam kelas hingga mengganggu sesi pembelajaran.
Melalui telefon pintar juga, terdapat pihak-pihak tertentu yang menyebarkan
maklumat yang belum tentu kesahihannya secara sewenang-wenang. Oleh sebab
pemikiran yang kurang matang, murid mudah menerima dan mempercayai maklumat
tersebut tanpa mengetahui kesahihannya.
Perkara
yang lebih membimbangkan kita ialah filem-filem atau video tanpa tapisan dapat
ditonton secara bebas oleh murid melalui telefon pintar. Hal ini menyebabkan
berlakunya keruntuhan akhlak yang serius dalam kalangan murid. Perkara-perkara
seperti ini perlu diambil berat oleh semua pihak dalam usaha untuk
membendungnya. Oleh itu, larangan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
terhadap murid yang membawa telefon bimbit atau telefon pintar ke sekolah ada
asasnya dan peraturan ini mesti difahami dan dipatuhi untuk manfaat semua
pihak.
Dipetik
dan diubah suai daripada ‘Larangan Telefon Pintar untuk Pelajar Sekolah'
oleh
Sa'adiah Shuib, Dewan Masyarakat
April 2015
Berdasarkan
petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata pencarian maklumat. [2 markah]
(ii) Pengarang mengemukakan beberapa punca
murid ingin memiliki telefon pintar.
Nyatakan punca-punca tersebut. [3
markah]
(iii)
Penggunaan telefon pintar secara betul
dan berhemah banyak membawa kebaikan.
Pada pendapat anda, apakah
tindakan-tindakan yang boleh diambil untuk mendidik
masyarakat menggunakan telefon
pintar dengan berhemah? [4
markah]
Pendahuluan (2
markah) Markah
P1
Petikan membincangkan akibat-akibat /
natijah-natijah /implikasi-implikasi /
impak-impak penggunaan telefon pintar
dalam kalangan murid (dengan bebas/
tanpa kawalan) di negara ini / Malaysia 2
P2 Petikan membincangkan akibat-akibat /
natijah-natijah / implikasi-implikasi/
impak-impak penggunaan telefon pintar
dalam kalangan murid dan
beberapa punca murid ingin memiliki
telefon pintar. 2
P3 Rumusan membincangkan akibat-akibat /
natijah-natijah / implikasi-implikasi /
impak-impak penggunaan telefon pintar
dalam kalangan murid
dan peranan ibu bapa mengawal penggunaan
telefon pintar anak-anak. 2
P4 Petikan membincangkan akibat-akibat /
natijah-natijah / implikasi-implikasi/
impak-impak penggunaan telefon pintar
dalam kalangan murid. 1
P5 Petikan membincangkan akibat-akibat
/natijah-natijah /implikasi-implikasi/
impak-impak penggunaan telefon pintar
dalam kalangan murid dan peranan
ibu bapa mengawal penggunaan telefon
pintar anak-anak. 1
P6 Petikan / Rumusan membincangkan
kesan-kesan penggunaan telefon pintar
dalam kalangan murid. 0
Isi
Tersurat [4 hingga 12 markah] Markah
[kesan
penggunaan telefon pintar dalam kalangan murid]
S1 menjadi
mudah terleka dengan peranti
masing-masing 2
S2 membawa
perubahan ketara terhadap tingkah laku mereka 2
S3 murid
sering berkomunikasi dengan
mencemarkan bahasa 2
S4 murid
mengabaikan tanggungjawab terhadap
pelajaran 2
S5 murid
hilang fokus semasa di dalam kelas 2
S6 murid
bermain telefon ketika (di dalam
kelas) hingga mengganggu sesi
pembelajaran 2
S7 murid
mudah menerima dan mempercayai maklumat yang belum tentu
kesahihannya 2
S8 berlaku
keruntuhan akhlak yang serius dalam
kalangan murid 2
Isi Tersirat [4 hingga 12 markah]
Peranan ibu bapa mengawal penggunaan telefon pintar anak-anak Markah
T1 tidak memberi hadiah / ganjaran telefon
pintar kepada anak-anak 2
T2 menerangkan keburukan penggunaan telefon
pintar kepada anak-anak 2
T3 mengehadkan/ memantau penggunaan telefon
pintar/ ajar yang betul 2
T5 melarang/ memberi amaran/ menasihati supaya
tidak membawa telefon
(Isi-isi tersirat
yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)
Kesimpulan [2
markah] Markah
K1 Kesimpulannya, semua pihak / masyarakat / ibu bapa perlu memantau
penggunaan telefon
pintar dalam kalangan murid agar / supaya sahsiah
diri murid
terjamin. 2
K2 Kesimpulannya, semua pihak perlu memastikan
murid tidak
menyalahgunakan telefon bimbit. 1
(Kesimpulan lain
yang sesuai diterima – bersesuaian dengan tema telefon pintar)
2 comments:
mana jawapan pemahaman
mana jawapan pehamam ??
Post a Comment