05/05/2019

Latih tubi rumusan : Telefon Pintar



Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan penggunaan telefon pintar dalam kalangan murid dan peranan ibu bapa dalam mengawal penggunaan telefon pintar anak-anak. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Telefon pintar wujud hasil perkembangan industri telekomunikasi yang bergerak pantas. Di Malaysia, bilangan murid yang menggunakan telefon pintar semakin meningkat, iaitu kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan pengguna. Ramai murid berhasrat untuk memiliki telefon pintar kerana mereka terpengaruh dengan perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Mereka juga turut dipengaruhi oleh rakan sebaya terutamanya yang telah memiliki telefon pintar. Keinginan untuk memiliki telefon pintar boleh menyebabkan berlakunya kes salah laku seperti kecurian dan pergaduhan.
Kewujudan telefon pintar yang lengkap dengan kemudahan multimedia pelbagai guna menyebabkan murid sangat teruja untuk memiliki alat komunikasi mudah alih yang canggih ini. Setelah memiliki peralatan tersebut, mereka menjadi mudah leka dengan peranti masing-masing dan seterusnya membawa perubahan ketara terhadap tingkah laku mereka. Murid yang menggunakan telefon pintar lebih mementingkan hiburan berbanding aspek-aspek lain, contohnya dalam pencarian maklumat dan ilmu pengetahuan. Hal yang demikian boleh membawa kesan negatif terhadap kehidupan seseorang murid. Penggunaan telefon pintar ini juga menyebabkan murid sering berkomunikasi dengan mencemarkan bahasa seperti penggunaan singkatan dan bahasa slanga dalam khidmat pesanan ringkas (SMS), WhatsApp dan Instagram.
Telefon pintar turut berperanan sebagai penghubung keluarga, rakan dan sumber maklumat. Namun jika disalahgunakan, telefon pintar tersebut mampu mendatangkan pelbagai keburukan. Keasyikan menggunakan telefon pintar menyebabkan murid mengabaikan tanggungjawab terhadap pelajaran seperti tidak menyiapkan kerja sekolah dan tidak mengulang kaji pelajaran. Selain itu, keasyikan bermain telefon pintar sehingga larut malam menyebabkan murid hilang fokus semasa di dalam kelas kerana mengantuk akibat tidak cukup tidur. Lebih buruk lagi, terdapat murid yang bermain telefon ketika di dalam kelas hingga mengganggu sesi pembelajaran. Melalui telefon pintar juga, terdapat pihak-pihak tertentu yang menyebarkan maklumat yang belum tentu kesahihannya secara sewenang-wenang. Oleh sebab pemikiran yang kurang matang, murid mudah menerima dan mempercayai maklumat tersebut tanpa mengetahui kesahihannya.
Perkara yang lebih membimbangkan kita ialah filem-filem atau video tanpa tapisan dapat ditonton secara bebas oleh murid melalui telefon pintar. Hal ini menyebabkan berlakunya keruntuhan akhlak yang serius dalam kalangan murid. Perkara-perkara seperti ini perlu diambil berat oleh semua pihak dalam usaha untuk membendungnya. Oleh itu, larangan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terhadap murid yang membawa telefon bimbit atau telefon pintar ke sekolah ada asasnya dan peraturan ini mesti difahami dan dipatuhi untuk manfaat semua pihak.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Larangan Telefon Pintar untuk Pelajar Sekolah'
oleh Sa'adiah Shuib, Dewan Masyarakat April 2015
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)      Berikan maksud rangkai kata pencarian maklumat.                        [2 markah]
(ii)      Pengarang mengemukakan beberapa punca murid ingin memiliki telefon pintar.
Nyatakan punca-punca tersebut.                                           [3 markah]
(iii)     Penggunaan telefon pintar secara betul dan berhemah banyak membawa kebaikan.
Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang boleh diambil untuk mendidik
masyarakat menggunakan telefon pintar dengan berhemah?                 [4 markah]
Pendahuluan (2 markah)                                                    Markah
P1      Petikan membincangkan akibat-akibat / natijah-natijah /implikasi-implikasi /
impak-impak penggunaan telefon pintar dalam kalangan murid (dengan bebas/
tanpa kawalan) di negara ini / Malaysia                                                   2
P2      Petikan membincangkan akibat-akibat / natijah-natijah / implikasi-implikasi/
impak-impak penggunaan telefon pintar dalam kalangan murid dan
beberapa punca murid ingin memiliki telefon pintar.                                        2
P3      Rumusan membincangkan akibat-akibat / natijah-natijah / implikasi-implikasi /
impak-impak penggunaan telefon pintar dalam kalangan murid
dan peranan ibu bapa mengawal penggunaan telefon pintar anak-anak.                      2
P4      Petikan membincangkan akibat-akibat / natijah-natijah / implikasi-implikasi/
impak-impak penggunaan telefon pintar dalam kalangan murid.                             1
P5      Petikan membincangkan akibat-akibat /natijah-natijah /implikasi-implikasi/
impak-impak penggunaan telefon pintar dalam kalangan murid dan peranan
ibu bapa mengawal penggunaan telefon pintar anak-anak.                                  1
P6      Petikan / Rumusan membincangkan kesan-kesan penggunaan telefon pintar
dalam kalangan murid.                                                                   0

Isi Tersurat [4 hingga 12 markah]                                                            Markah
[kesan penggunaan telefon pintar dalam kalangan murid]
S1    menjadi mudah terleka dengan peranti masing-masing                                        2
S2    membawa perubahan ketara terhadap tingkah laku mereka                                   2
S3    murid sering berkomunikasi dengan mencemarkan bahasa                                    2
S4    murid mengabaikan tanggungjawab terhadap pelajaran                                       2
S5    murid hilang fokus semasa di dalam kelas                                                  2
S6    murid bermain telefon ketika (di dalam kelas) hingga mengganggu sesi
      pembelajaran                                                                              2
S7    murid mudah menerima dan mempercayai maklumat yang belum tentu
      kesahihannya                                                                              2
S8    berlaku keruntuhan akhlak yang serius dalam kalangan murid                        2

Isi Tersirat [4 hingga 12 markah]
Peranan ibu bapa mengawal penggunaan telefon pintar anak-anak                                Markah        
T1    tidak memberi hadiah / ganjaran telefon pintar kepada anak-anak                            2
T2    menerangkan keburukan penggunaan telefon pintar kepada anak-anak                 2
T3    mengehadkan/ memantau penggunaan telefon pintar/ ajar yang betul                         2
T5    melarang/ memberi amaran/ menasihati supaya tidak membawa telefon
(Isi-isi tersirat yang lain boleh diterima sekiranya sesuai) 

Kesimpulan [2 markah]                                               Markah
K1    Kesimpulannya, semua pihak / masyarakat / ibu bapa perlu memantau
penggunaan telefon pintar dalam kalangan murid agar / supaya sahsiah
diri murid terjamin.                                                        2
K2    Kesimpulannya, semua pihak perlu memastikan murid tidak
      menyalahgunakan telefon bimbit.                                            1
(Kesimpulan lain yang sesuai diterima – bersesuaian dengan tema telefon pintar)

2 comments:

jessica said...

mana jawapan pemahaman

Unknown said...

mana jawapan pehamam ??