21/10/2019

Penulisan 1 Pra-SPM 2019 : MEDIA SOSIAL


Penggunaan media sosial telah menguasai kehidupan sebahagian besar remaja masa ini walaupun mereka mengetahui terdapat banyak keburukan daripada kebaikan.
Sebagai seorang remaja, huraikan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk memastikan penggunaan media sosial akan memberi faedah kepada diri anda.

Pendahuluan: Rangkaian media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Whatsap, Telegram dan banyak lagi telah menjadi santapan harian masyarakat mutakhir ini. Fenomena tersebut begitu ketara dalam kalangan remaja kerana itulah sumber yang menjadi warna dan suasana dalam kehidupan mereka. Oleh sebab itu, amatlah janggal untuk memisahkan remaja dengan peranti media sosial. Walau bagaimanapun, perkara yang paling merunsingkan ialah kehadiran media sosial bukanlah menawarkan bulan dan bintang serta perkara yang baik-baik sahaja, malahan jikalau tersalah ambil dan tersalah acu nescaya banyaklah unsur negatif yang akan melanda remaja. Anasir-anasir seperti keganasan, pornografi, penipuan dan fitnah bercambah bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Oleh sebab itu, sebagai remaja yang berwawasan, saya wajarlah menggunakan kebijaksanaan dan kewarasan dalam menentukan arah aliran perisian dalam media sosial agar diri tidak terjebak ke dalam gaung kebinasaan kerana hakikat habis wang boleh dicari habis akal celaka padahnya.

Isi 1: Saya hendaklah menetapkan niat dan menguatkan tekad ketika memulakan lembaran media sosial.
-
Tekad menentukan hala tuju kita – jika berniat untuk mencari perkara yang baik hasilnya baik juga jika sebaliknya yang buruk akan ditemui – mengenal pasti kesan selepas itu, sama ada kesan positif atau negatif – perlu berwaspada antara kehendak nafsu dengan kewarasan yang bersumberkan akaliah.

Isi 2:  Melayari media sosial dalam usaha mencari fakta, data dan maklumat penting yang boleh membantu saya dalam bidang pelajaran mahupun memperoleh maklumat tentang perkembangan semasa dunia.
-
-
-
Media sosial sebagai rakan dan pemudah cara
Media sosial sebagai bank maklumat
Media sosial boleh membantu saya menjadi lebih matang

Isi 3: Saya perlulah menjadikan media sosial sebagai wahana untuk memperluas jalinan sosial dan persahabatan yang bersifat positif.
-

-
-
media sosial bukan untuk mewujudkan rangkaian permusuhan, rasis dan sadis
bersahabat secara saling membantu dan saling menyokong
memperluas jaringan kemanusiaan, persahabatan dan kasih sayang sesama insan sejagat


Isi 4:  Saya hendaklah memanfaatkan media sosial sebagai maslahat mengangkat kebijaksanaan, kreativiti dan potensi diri.
-

-

-
Terdapat pelbagai artikel, perbincangan, perdebatan, fakta yang boleh merangsangkan daya berfikir secara kritis
Pelbagai maklumat kreatif dan inovatif yang boleh dimanfaatkan untuk mengangkat bakat dan kreativiti
Terdapat pelbagai panduan, manuskrip dan manual yang boleh dijadikan rujukan untuk mengasahkan bakat dan potensi individu

Penutup/Kesimpulan: Sesungguhnya, revolusi media sosial telah berjaya membawa visi dunia baharu agar insan sejagat saling berkongsi maklumat dan potensi. Rangkaian media sosial telah berjaya mengubah pemikiran glokal kepada global. Peluasan liberalisasi maklumat telah mengangkat minda pengantarabangsaan dalam kalimat ‘maklumat di hujung jari’. Sehubungan dengan itu, saya wajarlah keluar daripada kepompong katak di bawah tempurung supaya turut serta dalam ledakan revolusi media sosial agar mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dalam khalayak global. Walau bagaimanapun, hubaya-hubayalah agar saya tidak menjadi mangsa kepada penyalahgunaan media sosial dalam naratif yang negatif kerana sekali jalan kena, dua kali jalan tahu, tiga kali jalan mengena.




Buah fikir : Tn Hj Ishak Md Shah [http://ishakmdshah.blogspot.com/]

No comments: