05/10/2019

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2019 : Petikan Prosa Moden [Selangor]

Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden [Selangor]

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri

"Mel, agama dan bahasa itu cermin maruah kita yang ditinggalkan nenek moyang! Jasad yang dibaluti agama serta lidah yang dilebati bahasa ibunda merupakan warisan kita yang masih ada. Andai kedua-dua sudah hilang di atas muka bumi ini, kita bukan lagi generasi bermaruah, tetapi bangsa yang dilaknati Allah."
Pesan bonda itu kekal melebat dalam hati sanubari saya. Pesan mulus yang terpahat lama di pangkal hati. Oleh itu, saya tangguh berkali-kali hasrat itu. Hasrat untuk menjengah wajah kota yang pesat dengan kemajuan dan peradaban. Saya batalkan keinginan meruap-ruap dalam diri saya untuk mencari pengalaman baharu sebagai warga kota.
Kata bonda, kota besar itu sudah hilang segala nilai-nilai tradisinya. Kota yang sekadar dibangunkan dengan kempen dan slogan itu sarat dengan api prasangka dan runcing prejudis para warganya yang berbilang bangsa dan bercampur aduk pula bahasa dan pertuturannya. Manusia dipisahkan oleh benteng-benteng ketaasuban dan kepentingan diri masing-masing.
Mereka dipecah-pecahkan oleh ideologi. puak dan etnik, warna kulit, bahasa dan percakapan serta fahaman politik sehingga mengundang resah dan aman Lantas masingmasing bangun untuk berjuang menegakkan identiti sendiri.
Dipetik daripada cerpen "Munsyi oleh Husna Nazri,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i)    Mengapakah bonda mengatakan bahawa kota besar itu sudah hilang segala nilai-nilai tradisi?
[2 markah]

(ii)   Integrasi nasional merupakan isu utama bagi sesebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang bangsa dan agama.
Nyatakan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk memupuk perpaduan dalam kalangan murid
[3 markah]

(iii)   Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan
[4 markah]





SKEMA JAWAPAN
SOALAN
SKEMA
MARKAH
(i)
Sebab kota besar sudah hilang nilai tradisi

P1
sarat dengan api prasangka
1
P2
runcing prejudis para warganya yang berbilang bangsa
1
P3
bercampur aduk pula bahasa dan pertuturannya
1
P4
manusia dipisahkan oleh benteng-benteng ketaasuban dan kepentingan diri masing-masing
1
[maksimum : 2 markah] [Isi cukup : 2 isi]
(ii)
Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk memupuk perpaduan

P1
pembahagian murid dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum

P2
penyertaan murid dalam aktiviti sukan sekolah

P3
aktiviti gotong-royong

P4
sambutan perayaan pelbagai kaum

P5
guru melibatkan pelajar pelbagai kaum dalam aktiviti PdPc

[maksimum : 3 markah]
[Isi cukup : 2 isi]
(iii)
Satu persoalan yang terdapat dalam petikan

P1
Persoalan kepentingan mengekalkan warisan budaya dan jati diri   Contohnya, ibu Mel mengingatkan Mel supaya tidak melupakan agama dan bahasa kerana hanya itulah warisan yang masih ada.
1 + 1
P2
Persoalan peranan penjajah dalam usaha memecahbelahkan rakyat sesebuah negara 
Contohnya, pihak penjajah telah menjalankan sistem pecah dan perintah agar agihan Kekayaan negara tidak berlaku secara adil hingga menimbulkan rusuhan kaum.
1 + 1

Satu persoalan daripada keseluruhan cerpen 

P1
Persoalan keinginan anak muda berhijrah ke bandar untuk membina kehidupan 
Contohnya, Mel memohon keizinan ibunya untuk berhijrah ke bandar bagi membina kehidupannya seperti kebanyakan remaja lain.
1 + 1
P2
Persoalan kegigihan anak muda untuk mempelajari segala ilmu untuk meneruskan kehidupan. 
Contohnya, Mel tekun belajar pelbagai ilmu yang berkaitan dengan kehidupan sebelum berhijrah ke bandar. 
1 + 1
P3
Persoalan ketaatan seorang anak terhadap nasihat ibu
Mel mentaati nasihat ibunya yang tidak membenarkannya berhijrah kerana pada pendapat ibunya Mel masih belum cukup jati diri untuk tinggal di bandar.
1 + 1
P4
Persoalan kebimbangan seorang ibu terhadap anaknya. Contohnya, ibu keberatan untuk melepaskan Mel ke bandar kerana bimbang Mel terpengaruh akan budaya negatif yang telah menular dalam kalangan remaja di bandar.
1 + 1
[maksimum : 4 markah] 

 


No comments: