Soalan 2 (b) – Petikan
Cerpen
Baca petikan
cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Seminggu selepas itu,
ketika saya sampai di kampung pinggir kota itu, keadaan sudah kelam-kabut.
Jentera-jentera berat bersiap sedia merobohkan rumah-rumah kayu usang. Puluhan
anggota penguat kuasa mengawal suasana sekitar yang dipanaskan dengan
demonstrasi penduduk membantah pencerobohan itu.
Saya
mencari Munsyi. Saya bimbang akan puluhan buku lama yang dihadiahkan oleh bonda
kepada Munsyi. Ketika sesi meroboh bermula, saya jadi terkedu melihat puluhan
buku ini ranap dan berkecai bersama-sama ranapnya rumah Munsyi dihentam
taring-taring tajam jentera berat yang melanggar dan meredah apa-apa sahaja.
Air mata saya menitis sedih dan pilu bukan sahaja mengenang khazanah berharga
yang musnah, tetapi membayangkan satu-satunya tanah rizab milik bangsa di kota
besar ini akan berpindah kepada tuan-tuan saudagar asing yang bakal mengaut
keuntungan di bumi ini.
Selepas kejadian itu,
berhari-hari saya cuba menjejak Munsyi, namun kelibatnya langsung tidak saya
temui. Saya bertanya setiap orang, ke mana perginya gerangan orang tua itu,
namun tiada sesiapa yang mengetahui pejuang bahasa ibunda itu menghilangkan
diri.
Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’ Oleh
Husna Nazri
Dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia
(i)
Apakah
perkara yang dilihat sebaik sahaja ‘saya’ sampai di kampung pinggir kota?
[2 markah]
(ii)
Buku-buku
lama dianggap sebagai khazanah negara untuk digunakan oleh generasi akan
datang.
Pada
pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan
untuk mengumpulkan semula buku-buku lama tersebut?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran lain daripada
keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
No comments:
Post a Comment