Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua peristiwa
yang boleh dijadikan teladan dan kemukakan alasan anda.
Contoh jawapan bagi novel
Leftenan Adnan Wira Bangsa:
Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip
Talib. Antara peristiwa yang boleh dijadikan teladan ialah peristiwa Leftenan Adnan
bersungguh-sungguh mempertahankan Bukit Candu
daripada ditawan oleh tentera Jepun. Walaupun kakinya telah tercedera
akibat ditembak oleh tentera Jepun, Leftenan Adnan tidak menyerah kalah
sehingga titisan darah yang terakhir. Peristiwa ini boleh dijadikan teladan
kerana daripada peristiwa itu telah menimbulkan semangat patriotik dalam diri
saya untuk terus menjaga kedaulatan dan keamanan negara daripada diceroboh oleh
musah negara.
Seterusnya, peristiwa yang boleh dijadikan teladan ialah peristiwa
pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah
Inggeris walaupun mendapat tentangan daripada penduduk kampung. Peristiwa
ini boleh dijadikan teladan kerana kita hendaklah menuntut ilmu demi masa depan
walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.
Contoh jawapan bagi novel Tirani:
Novel yang saya kaji ialah Tirani karya Beb Sabariah. Antara peristiwa yang
boleh dijadikan teladan ialah peristiwa Waheeda yang mengalami masalah
kemurungan akibat kegagalan rumahtangga dan telah
mula bangkit serta berusaha melupakan kenangan lalu dengan memajukan Chalet
AyaSajinah. Peristiwa ini boleh dijadikan teladan kerana walaupun kita gagal namun kita tidak
boleh terlalu mengikut perasaan sedih itu sebaliknya berusaha untuk kehidupan
yang mempunyai masa depan.
Seterusnya, peristiwa yang boleh dijadikan teladan ialah peristiwa
Waheeda gigih mendapatkan pinjaman tabung
usahawan siswazah daripada Bank Pembangunan untuk menubuhkan Syarikat Tajau Emas. Peristiwa ini boleh dijadikan
teladan kerana setiap usaha yang
dilakukan oleh Waheeda dapat dijadikan contoh teladan kepada kita agar gigih
berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang kita inginkan dan akhirnya kita pasti
akan berjaya.
[2 peristiwa + 2 alasan + bahasa gramatis = 7
markah]
NOVEL
JENDELA MENGHADAP JALAN
Haji Abdul
Rahman
NOVEL
SONGKET BERBENANG EMAS
Embong
Peristiwa Lili membantu
Che Jah menangani masalah keganasan rumahtangga yang dialaminya.
Contoh: Lili meminta bantuan daripada Puan Hamimah, pegawai Jabatan
Kebajikan Masyarakat untuk menyelesaikan masalah rumahtangga Che Jah.
Sebab: Peristiwa ini dapat dijadikan teladan kepada pembaca supaya
mengamalkan sikap saling membantu orang yang ditimpa musibah.
Peristiwa Dahlia keluar
dari asrama.
Contoh: Dahlia sanggup keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya apabila
ibu dan bapanya dimasukkan ke hospital.
Sebab: Peristiwa ini dapat dijadikan teladan kepada pembaca kerana
menggambarkan sikap tanggungjawab seorang anak sulung yang sanggup berkorban
untuk menjaga kebajikan keluarganya.
Peristiwa Danel
menyelamatkan Lili yang diculik.
Contoh: Danel telah berusaha menyelamatkan Lili yang diculi oleh Haziq dan
Rafiq dan disembunyikan di sebuah pondok using di hujung kampong.
Sebab: Peristiwa ini dapat dijadikan teladan kepada pembaca kerana
menggambarkan sikap membantu rakan yang dalam kesusahan.
Peristiwa Dahlia terjun
ke dalam sungai menyelamatkan Said.
Contoh: Dahlia sanggup mempertaruhkan nyawanya untuk menyelamatkan Said yang
lemas dibawa arus deras.
Sebab: Peristiwa ini dapat dijadikan teladan kepada pembaca kerana
menggambarkan sikap remaja perempuan yang sanggup mengambil risiko demi
membantu menyelamatka orang lain.
8 comments:
Nama watak dalam novel lain
daun terup diramas ramas, teng kiu beri mash
tiber
Tu ahtu
Kalau panjang lagi kan best
kan
Baguss terima kasih
good
Post a Comment